Wednesday 1 June 2011

LIFE

Bismillahirrahman-nirrrahim.

Hidup.

Dan kehidupan.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan yang satu ini.

Apatah lagi jika orang yang macam saya ini,dan berkarakter seperti ini,
       konon mahu mencari kebaikan,mahu berubah,tetapi acap kali menanggung.
Dan urusan itu terus-terusan tertangguh.
Apa yang membuat saya atau mungkin anda menangguhkan hijrah anda kearah kebaikan?

Adakah hilang sudah kemanisan iman yang pernah dirasai suatu ketika dahulu?

Persoalannya, hilang ke mana?
Bukankah Allah itu selalu ada,bahkan lebih dekat dan lebih rapat dari sesiapa pun.

Dan saya ada satu jawapan.

"Iman kamu sedang jatuh wahai manusia,
namun anda tidak mahu memperdulikan iman anda itu.
Adalah lebih teruk kerana anda menolak untuk mengubatinya,
Hati itu akan lebih sakit dan berdarah.
Semua disebabkan satu perkara,"


`Illusi duniawi sudah menutup mata hatimu,dan ia pergi mambawa sekali kemanisan iman.' 


Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku,segala kelalaian dan kealpaanku.
dan aku yakin akan kasih-sayang Mu.
9.55pm 1/June/2011
Macquarie Park.

1 comment: