Wednesday 8 June 2011

Perubahan.

Bismillahirrahmannirrahim

Hati meronta-ronta mahu menulis.Walaupun agak sibuk untuk menghadapi peperiksaan minggu hadapan,tp saya masih mahu menulis.Mahu meluahkan apa yang terbuku.

Membaca mahkamah hati di iluvislam, hatiku pula meronta-ronta.Benarlah bahawasanya jika kita melanggar apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T, hati kita akan meronta-ronta kepedihan dan kerisauan. Kita tidak akan dapat menahan segala kesakitan ketika menyakitkan hati kita sendiri.

Manusia seperti saya yang selalu alpa dan lupa, acapkali berbuat salah.Tetapi amat difahami bahawa itu adalah fitrah manusia yang bersifat An-nas..Dan itu juga sebagai tanda bahawa kita ini hanyalah hamba,yang lemah dan tidak berkuasa langsung terhadap apa pun,dan segala yang berlaku adalah ketetapan Allah.Dan kita sebagai hamba mesti bergantung sepenuhnya kepada Yang Esa.

Bercakap mengenai dosa, Allah itu Maha Pengasih dalam menjaga aib hambaNya. Dia tidak akan sekali-kali membiarkan aib hambaNya terbuka sebagai tanda masih memberi peluang untuk hambaNya kembali bertaubat kepadaNya.Namun, manusia yang selalu tidak mengambil peluang itu,lantas berterusan mengerjakan dosa. Ada juga yang leka lalu membuka aibnya sendiri (nauzubillah)..

Saya tau saya berdosa,dan sedang melakukan dosa.Apa dosa yang saya lakukan biarlah dijaga sepenuhnya oleh Tuhan yang Maha Penyayang,yang selalu menjaga saya. Tidak mahu kiranya saya membuka aib yang dijaga rapi oleh Sang Pencipta..

Dan saya juga mahu berterusan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah,sedang,dan akan saya lakukan,insyaAllah..Kesedaran untuk bertaubat itu memang wujud dalam diri saya,cuma mungkin saya masih dibelenggu rangkaian-rangkaina halus yang menjerat saya untuk bertaubat.Pernah satu ketika saya membaca entri mengenai cara-cara bertaubat.Namun,perkara paling penting yang menyebabkan saya rasa saya masih tidak dapat bertaubat sepenuhnya adalah keadaan sekeliling saya,

Bukan menyalahkan environment, tetapi cukup sekadar suasana keliling yang masih belum cukup conducive untuk saya benar-benar berubah.Saya juga tidak mahu berubah dan kembali melakukan kesalahan itu.(walaupun pengulangan kita terhadap dosa yang sama adalah bukti kita hanya hamba yang lemah dan bergantung pada Rabb,saya mahu mengelak daripada melakukan dosa yang sama).Kerana itulah yang sedang saya lakukan sekarang,mengulangi dosa dari kategori yang sama,cuma sekarang suasananya berbeza.Saya rasa saya sengaja mencari nahas kerana acap kali terjatuh ke masalah yang berulang.Atau adakah saya sebenarnya tidak belajar apa-apa dari kesalahan lampau?Dan tidak mengambil iktibar?

Timing juga belum cukup sesuai.Itu hanya pendapat saya,kerana saya tidak mahu mengejutkan orang sekeliling.Dan jika mungkin, saya tidak mahu menyakitkan hati orang-orang yang saya sayang (kerana mereka masih tidak faham atas apa yang saya fahami). Saya tau Allah juga sudah banyak kali mengetuk pintu hati saya supaya saya berubah kearah yang lebih baik..Saya amat takut jika suatu hari nanti Allah sudah tidak mahu mengetuk pintu hati saya,kerana rugilah saya pada saat itu.Namun saya akan berterusan melalui liku hidup yang penuh cabaran ini dalam fitrah yang telah ditetapkan.

Saya benar-benar yakin,masanya akan tiba.Untuk saya benar-benar berubah kearah kebaikan dan tidak berpaling lagi.Sekarang,saya sedang mengumpul kekuatan.Harapnya,Allah meminjamkan sedikit kekuatan agar saya bisa melakukannya.Tidak kisahlah bila pun kekuatan yang say tunggu itu akan tiba.Tetapi saya amat yakin ia akan berkunjung dan singgah ke hati saya ^_*

8/June/2011 7.34pm
Macquarie Park,Sydney.

No comments:

Post a Comment