Wednesday 1 June 2011

penguat kata sebelum peperiksaan

Bismillahirrahman-nirrahim.
Tengah syok-syok tadabbur Love Letters(39:22-56) pagi ni,
tiba-tiba Allah sampaikan ayat-ayat yang amat bermakna, yang amat berkenan di hati,bahkan amat kena dengan saya,lebih-lebih lagi untuk saya memulakan hari baru pada pagi ini.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata,, "sesunguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku."
Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Sungguh, orang-orang sebelum mereka pun telah menyatakan hal itu, maka tidak berguna lagi bagi mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.


Lalu mereka ditimpa (bencana) dari akibat buruk apa yang mereka perbuat. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka juga akan ditimpa (bencana) dari akibat buruk apa yang mereka kerjakan dan mereka tidak dapat melepaskan diri.


Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki ?Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang beriman.


Katakanlah,"wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh, dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang
 [Suratuz-Zumar,49-53]


Berbalik kepada persoalan diri, adakah kita kata kita dah cukup pandai sampai boleh dapat Dean List dan sebagainya?Dapat semua A atau boleh lulus peperiksaan segala macam itu?Hanya kerana kepintaran kita?
Atau usaha kita yang tidak pernah mengenal penat lelah?Setiap hari stay-up sampai muntah darah untuk study?      
-Walhal orang yang berfikir sedemikian itu adalah salah seratus peratus..

Percayakah anda,bahawa usaha yang kita letakkan bergunung itu,satu habuk pun tiada kaitan dengan kejayaan kita pada hari esok.

Kerana sesungguhnya,anggota badan kita yang kita gunakan untuk belajar itu semuanya bergerak atas arahan Allah. Ya, kita dipinjamkan seluruh anggota untuk beribadat,tapi kita selalu lupa yang bukan kita yang mengawal setiap detik pergerakan anggota kita. Allah yang kawal.

Sebab itu,Allah kata kepintaran itu adalah satu bentuk ujian.Mana tau,lagi kita berjaya didunia ini,kita lagi bongkak?Lagi tinggal sembahyang or lewatkan solat sebab kerja melambak-lambak?

Dan kejayaaan atau kegagalan yang kita dapat itu, (tidak kisahlah apa jua bentuk outcome yang Allah nak kasi kat kita) sebenarnya adalah satu rezeki..
Sama ada baik atau buruk,itulah yang terbaik yang kita deserve nak genggam buat masa itu.
Allah knows best,right?cz He created us at first place,He knows what's good and bad for us but we never know.

Dan tengok, Allah itu Maha Pengasih Maha Pengampun. Dalam ayat yang seterusnya, Allah ingatkan balik kat manusia yang mudah alpa ini bahawa, kita tidak boleh berputus asa terhadap rahmah Allah.

Bagi saya (personally) rahmat Allah itu adalah satu ubat yang paling mustajab dan mujarab sekali didunia. Tiada yang dapat menandingi ubat yang satu ini. Sebab itulah jadi seorang Muslim amat best. Walau seteruk mana tahap hidup kita,kita masih lagi orang2 yang beruntung. Kalau ditimpa kesusahan kita bersabar, dapat kumpul pahal. Dan kalau kita diberi kejayaan kita tak lupa bersyukur, kita pun dapat pahala.Tengok,best tak best jadi muslim.Bukan susah nak kumpul pahala,ye tak? ^_*

Ps:Ini adalah penguat kata dan peringatan untuk diri saya sendiri,lebih-lebih lagi universiti saya sudah masuk final-examination period.Dan semalam saya baru mengambil keputusan test2 risk theory, dan keputusan saya (walaupun sudah dijangka) biasa-biasa sahaja..
Belajar Actuarial Studies (final year) di Macquarie University bukan mudah,tapi saya sudah berazam mahu menghabiskan juga apa yang telah saya mulakan semenjak tahun 2007 lagi.Ini impian saya semenjak SPM lagi.InsyaAllah dengan izin-Nya,majlis graduasi saya akan berlangsung juga tahun depan,ameen!!  ~Tolong doakan saya berjaya.~

2 comments:

  1. all the best kak inaz !
    believe that you can and you are halfway there :')

    Jika Allah cepat makbulkan doamu maka DIA menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu maka DIA sedang mengujimu, tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bermakna DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

    ameen :)
    pray for us too.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..
    mas and qilah lebih beruntung,kerana lebih bersedia dan tak lalai. k.inz on the other hand, byk kelalaian,ketakutan dan kerisauan yang tidak patut masa 1st yr dlu.good luck adik2 sayang.

    ReplyDelete